Pintasan → entri / sidebar / RSS




OpenOffice.org bakal pengganti Micro$oft Office, mulai tahun hadapan pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan akan menggantikan lebih kurang 300 000 komputer yang menggunakan perisian Micro$oft Office dengan Open Office yang jauh lebih murah (percuma) melibatkan kos dengan anggaran RM90 juta! [Sumber melayubuntu][Berita asal zdnet asia]

Open Office merupakan perisian sumber terbuka atau Open Source yang mana ianya percuma untuk digunakan dan diedarkan. Perisian ini mirip kepada perisian Micro$oft yang mana paling banyak digunakan ketika ini tetapi melibatkan kos yang agak tinggi. Perisian yang dikeluarkan oleh pihak Sun Microsystems telah pun mencapai versi ke 3.0 dan bakal dilancarkan Isnin (waktu barat) ini. Kupasan lanjut berkenaan Open Office ini boleh dibaca di laman blog linuxmalaya dot com . Walau bagaimana pun perisian ini sudah boleh dimuat-turun di laman web Open Office melalui pautan mirror.

Agensi berita nasional negara iaitu BERNAMA kini telah mengemaskini laman web mereka di Bernama.Com.My . Jika dibandingkan dengan rekaan laman web lama mereka, rekaan kali ini lebih mesra pengguna dengan susunan navigasi yang lebih teratur dan bolehlah dikatakan mempunyai ciri-ciri rekaan web2.0.

Selanjutnya»


Larry Page, Sergey Brin, AND Hubert Chang created Google (the original) from googletruth on Vimeo.

[via Weberence]

Banyak kaedah atau teknik yang digunakan oleh pakar-pakar SEO untuk mendapatkan trafik ke blog atau laman web mereka dan antara teknik yang paling berksesan ialah dengan menulis artikel yang mempunyai kata kunci dengan carian tertinggi. Di mana artikel tersebut paling dicari-cari menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo! dan juga MSN Live.

Tetapi bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui kata kunci untuk artikel tersebut yang akan menarik trafik ke blog kita?Jadi mari saya perkenalkan tiga alat yang boleh anda gunakan untuk melihat ‘trend’ tersebut:

Google Trends.
Google Trends daripada Google ini menyenaraikan kata kunci bagi carian yang paling hangat atau paling banyak dicari oleh pengguna. Senarai ini dikemaskini setiap 60minit dan anda boleh ’subscribe’ laman tersebut untuk memudahkan anda melihat carian yang paling banyak keluar.

Anda juga boleh menggunakan fungsi carian pada Google Trends untuk melihat samaada kata kunci yang ingin anda gunakan untuk menulis artikel mempunyai carian tertinggi ataupun tidak.

Selanjutnya»

Kini rakyat Malaysia tidak lagi perlu melawati laman web pelbagai akhbar hanya untuk membaca sesuatu berita daripada sumber berlainan kerana GOOGLE NEWS versi MALAYSIA telah pun ada untuk anda. Pada tarikh 18 September 2008 secara rasminya laman Google News Malaysia ini telah pun ‘online’, laman ini boleh dicapai dengan alamat news.google.com.my.

Secara amnya laman Google News ini bertindak sebagai pusat atau ‘news agregator’ kepada akhar-akhbar yang ada di Malaysia ini. Setakat ini lebih kurang 4500 akhbar berbahasa inggeris yang telah diambil untuk diletakkan berita-berita mereka di laman Google News Malaysia. Antara surat khabar berbahasa inggeris yang diinkdeks Google News ialah akhbar The Star dan juga Borneo Post.

Sesungguhnya kewujudan Google New versi Malaysia ini memudahkan para pembaca online membaca tulisan berkenaan sesuatu perkara atau subjek tetapi daripada sumber yang berlainan dengan hanya melawat laman Google News ini sahaja. Dan seperti laman Google News yang lain, laman ini menyediakan pilihan topik seperti politik, sains dan teknologi, hiburan, sukan dan sebagainya.

[ via The Star]

Sewaktu anda membeli alatan elektrik seperti laptop, printer mahupun peralalan lain. Disertakan bersama panduan atau ‘manual’ tentang tatacara pemakaian alatan tersebut. Diceritakan cara bagaimana memasang dan menggunakan peralatan tersebut. Ia cukup penting bagi anda agar tak tersilap langkah tetapi bagaimana pula  buku panduan atau ‘manual’ ini hilang atau pun telah dibuang secara tak sengaja?

Ada sambungan internet?Jadi usah bimbang, SafeManuals.Com merupakan jalan penyelesaiannya. SafeManuals.Com merupakan laman web mengumpul pelbagai buku panduan atau ‘manual’ daripada pelbagai produk dan pengeluar. Laman SafeManuals.Com juga merupakan laman yang dijana oleh komuniti di mana anda boleh menyumbang ‘manual’ yang ada dengan memuat-naik buku panduan tersebut ke laman web SafeManuals.Com.

Selanjutnya»

Bagi pengguna tegar internet,tiap-tiap hari mereka akan berdepan dengan situasi di mana sewaktu berjalan-jalan di internet. Maka terjumpalah laman web yang diminati atau pun artikel yang berguna dan ingin di’bookmark’ supaya boleh menjadi panduan pada masa diperlukan.

Apa yang mereka lakukan? Tekan sahaja butang ‘bookmark’ pada pelayar masing-masing tetapi yang menjadi masalah, URL laman atau artikel tersebut hanya boleh dicapai semasa anda online sahaja! Jadi mengapa tidak anda tukarkan laman web tersebut terutamanya artikel yang akan ‘bookmark’ tadi ke format *.pdf yang boleh dibuka bila-bila masa sahaja dan juga boleh di’print.

Bagi menukarkan artikel tersebut anda perlukan htm2pdf iaitu sebuah laman web yang membolehkan anda menukar segala laman web atau artikel daripada format HTML ke format .pdf. Hanya masukkan alamat artikel tersebut atau ‘copy-paste’ code HTML laman tersebut dan tekan butang ‘Convert to PDF‘. Dalam masa beberapa saat sahaja, laman tersebut tersedia dalam format .pdf dan boleh dimuat-turun.

Selanjutnya»

Firefox 3 akan dikeluarkan tak berapa lagi, mungkin kurang daripada 24 jam lagi dek kerana perbezaan masa di bahagian Timur dan Barat. Bagi pengguna setia Firefox, mereka sudah tentu maklum akan fungsi terbaru Firefox 3 ini. Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Firefox 3 ini, saya senaraikan beberapa panduan untuk anda:

  • A Field Guide to Firefox 3 iaitu artikel hasil nukilan penulis teknologi Mozilla menerangkan kepada anda beberapa fungsi terbaru yang ada pada versi terbaru ini dan juga fungsi-fungsinya. Artikel ini amat sesuai untuk yang baru beralih kepada Firefox 3 dan juga kepada pencinta perisian sumber terbuka ini.
  • Sejak versi pertama Firefox dikeluarkan pada November 2004, pelayar perisian sumber terbuka ini telah mengalami pelbagai perubahan daripada segi reka-bentuk, fungsi yang ditawarkan dan pelbagai lagi. Artikel LifeHacker ini membawa anda kepada sejarah pelayar Firefox daripada versi 1.0 sehinggalah versi 3.0 yang akan dikeluarkan tak lama lagi dalam bentuk ’screen-shot’.
  • Bagi yang masih ingin menggunakan pelayar Firefox tetapi mahukan ia lebih bersifat sosial, apakata anda cuba Flock. Dikatakan gabungan antara Social + Firefox, Flock menawarkan pelayar yang bersifat sosial. Bersempena versi terbaru Firefox 3, Flock telah mengeluarkan versi betanya berdasarkan Firefox 3 ini dan artikel berkenaan Flock 2.0 ini amat sesuai sebagai rujukan anda.

Dalam beberapa jam lagi Firefox versi 3.0 akan dikeluarkan dan marilah bersama-sama mencatat rekod dunia bersama Firefox sebagai perisian yang paling banyak dimuat-turun dalam masa 24 jam. Ops! Sebelum anda ingin menaik-taraf versi lama kepada versi terbaru ini, sila backup profile Firefox lama terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.

Twitter.Com merupakan sebuah laman micro-blogging yang paling popular di antara laman-laman yang menyediakan perkhidmatan micro-blogging. Dek kerana popularitinya, Twitter.Com merupakan salah-satu alat micro-blogging yang mesti bagi para blogger untuk bertukar-tukar maklumat, untuk pergaulan dan juga untuk mencari ‘breaking news’.

Bagi yang menggunakan Twitter.Com dan mempunyai ramai pengikut tetapi tak tahu bagaimana untuk ’show-off’ bilangan pengikut anda ini mungkin TwitterCounter.Com merupakan jalan penyelesaian anda. Dibina dengan menggunakan API Twitter.Com, TwitterCounter.Com berfungsi sebagai penunjuk bilangan ‘follower’ anda.

Untuk menggunakan TwitterCounter.Com, anda hanya perlukan memasukkan nickname Twitter.Com dan TwitterCounter.Com akan segera menunjukkan berapa ramai pengikut anda. Ingin menunjukkan populariti anda di Twitter.Com? Jangan risau, TwitterCounter.Com juga menyediakan ikon yang menunjukkan bilangan ‘follower’ untuk diletakkan di blog.

Selanjutnya»