
Malam tadi tepat jam 8:45 waktu Malaysia, sepak mula bagi perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka edisi ke 39 pun di antara Malaysia dengan Myanmar bermula dan hampir 90+5minit selepas itu perlawanan berakhir.Hasilnya?Kau ingat?Kita masih ditakuk lama?Acapkali kalah di bumi sendiri?Di depan penyokong sendiri?Tidak, malam tadi sungguh istimewa bagiku, bagi sekalian penyokong bolasepak Malaysia. Barangkali sebagai hadiah ulang-tahun pembebasan Malaya daripada cengkaman British yang ke-50. Malaysia menang 3-1, hasil jaringan dua orang wira negara Zaquan Adha Razak(12m) dan Safee Sali(73m). Satu lagi gol?Diberi oleh wira Myanmar Khin Maung Lwin(56m), hasil tampanan ke gawang sendiri di dalam percubaan untuk ‘clearance’ bola tersebut. Macam mana gol?Safee Sali gelecek bola sampai dalam kotak penalti, nak bagi kat Zaquan Adha Razak tapi terkena kaki Khin Maung Lwin.
Kau lihat perlawana itu?Ya, ku lihat perlawanan yang membuatkan ku hilang selera untuk makan itu di cafe kolej ku. Banyak gerakan cantik daripada pemain tengah, through pass pun cantik. Through pass yang cantik inilah yang membawa kepada gol ke-3 Malaysia, pemain Malaysia(bawah21) sudah tahu buat hantaran bola dengan cantik! Banyak percubaan daripada Malaysia dan ku lihat, Myanmar lebih banyak menyerap serangan Malaysia. Sepakan percuma pun sudah banyak yang menuju ke pintu daripada yang melayang entah ke mana, itukan lebih baik.
Selanjutnya»