Pintasan → entri / sidebar / RSS




Jika artikel sebelum ini saya menulis tentang perisian untuk screencasting iaitu Camtasia Studio,untuk artikel kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda perisian untuk screen capture iaitu SnagIt.Sama seperti Camtasia Studio,SnagIt ialah hasil daripada TechSmith.

Kebiasaanya,kita selalu melakukan screen capture menggunakan button Shift+PrtSc dan paste di Microsoft Office Picture Manager.Kemudian barulah kita buka perisian lain seperti Photoshop atau Paint untuk mengedit gambar tadi.

Tetapi dengan SnagIt,screen capture menjadi lebih interaktif,fleksibel dan juga mudah.Anda boleh memuat-turun perisian SnagIt versi7.0 ini secara percuma.Semasa artikel ini ditulis,perisian SnagIt terbaru ialah versi8.0 dan untuk mendapatkannya anda perlulah membelinye.

Selanjutnya»

Mungkin anda terlalu sibuk dengan perihal virus dan spyware tetapi melupakan satu lagi ancaman daripada para cracker atau hacker.Ancaman daripada virus dan spyware hanya digerakkan oleh pengaturcaraan yang mana bergantung kepada penciptanya tetapi ancaman daripada para cracker atau hacker adalah secara terus-menerus.Jika para cracker dan hacker ini berjaya memasuki komputer,maka komputer anda akan dikuasainya.Bagi mengurangkan ancaman daripada merakalah firewall diperlukan namun tak semua perisian firewall yang mampu kita beli.

Jadi mari saya perkenalkan kepada Comodo Firewall Pro 3,perisian percuma ini menghalang daripada program tertentu daripada melakukan sambugan ke internet tanpa pengetahuan anda dan juga membolehkan anda mengawasi segala trafik internet yang keluar-masuk melalui komputer anda. Selanjutnya»

Assalamualaikun dam salam sejahtera,

Kembali mengemaskini blog ini setelah hampir 2 minggu dibiarkan berspam dan bersesawang.Sebelum ini saya ada memperkenalkan kepada anda perisian anti-virus full version dan pada kali ini saya ingin memperkenalkan pula perisian untuk screencasting iaitu Camtasia Studio.

Camtasia Studio ialah perisian untuk screencasting iaitu melakukan penggambaran di desktop anda.Contohnya jika anda membuat video tutorial bagaimana untuk meng’update antivirus AVG, anda tak perlu memasang handycam atau apa-apa menghala ke desktop anda.

Selanjutnya»

Muat-turun perisian berbayar iaitu ZoneAlarm Anti spyware secara percuma hari ini sahaja.Dapatkan perlindungan daripada spyware untuk komputer anda.Kepada yang sebelum ini pakai pirate atau crack,bolehlah pakai yang berlesen.

  • Apa yang anda dapat?
    Lesen penuh ZoneAlarm Anti-Spyware.
    Perisian termasuk ZoneAlarm firewall dan spyware scanner.
    Update setahun percuma.
    Satu lesen untuk satu komputer.

Muat-turun melalui laman web CheckPoint iaitu pembuat perisian ini.Tawaran ini sah sehingga Nov 14 (05:00 PST),bukan waktu Malaysia tapi waktu Eropah.Sementara masih ada,muat-turunlah perisian ini.

Ranking unversiti Malaysia

Menurut the star keluaran 13 November 2007 bertajuk Malaysian varsities not in top 100 lists,nampaknya tiada satu pun universiti di Malaysia ini yang berada di tangga 100 teratas.Mahupun top 200.

Anda boleh muat-turun laporan universiti tangga 100 di dunia di topuniversities dan cuba lihat universiti dunia yang berada dalam senarai tersebut.

Universiti-universiti ulung seperti Cambrigde,Harvard dan Oxford masih lagi berada di tangga teratas.Mungkin kita patut kecilkan sedikit skop pemerhatian kita dengan melihat senarai universiti Asia Tenggara pula.Ada dua universiti Singapura berada di kedudukan top 100.

Bagi senarai Asia,universiti-universiti daripada Jepun,China,Korea Selatan dan Taiwan berada di kedudukan top 100 dan top 200.

Selanjutnya»

Sebelum ini,saya ada menulis artikel tentang Yahoo Messengger versi terbaru iaitu 9.0.Versi masih dalam peringkat beta dan masih terdapat banyak bug atau ralat.

Hidden emoticon

Bagi yang menggunakan YM ini,anda mungkin sudah biasa melihat emoticon yang ada.Tahukah anda?Selain emoticon yang ada di ‘default window’ YM tersebut,ada lagi emoticon yang tersembunyi yang tidak terdapat di ‘default window’.Semalam saudara syam di vangardx.net ada membuat post tentang ‘hidden emoticon’ yang anda boleh lihatnya di laman web Yahoo Messenger.

Selanjutnya»

Amaran: Berani buat,berani tanggung!

Bagi pekerja pejabat yang bergantung kepada internet untuk melakukan tugasan,mungkin hanya sesetengah sahaja laman web yang boleh diakses dan ini tidak lain tidak bukan adalah kerja ‘musang dinding berapi’ yang menghadkan hanya web-web tertentu sahaja yang boleh dicapai.

Mungkin anda tidak boleh memeriksa peti e-mail anda atau melihat video online atau melihat blog anda sendiri dan sebagainya.Di bawah disenaraikan beberapa alternatif lain yang mungkin anda boleh cuba untuk melepasi kawalan ‘dinding berapi’ atau firewall pejabat anda;

Muat-turun video online dengan vixy.

Video online;
Anda tidak boleh melihat video online di laman web seperti youtube tapi anda boleh maut-turun video tersebut.Dengan menggunakan vixy.net anda hanya perlu url video tertentu dan muat-turnnya dalam pelbagai format video atau dalam format mp3.

Selanjutnya»

Baru-baru ini,secara rasminya pihak Microsoft telah membuka alamat domain e-mail baru iaitu @live.com kepada para ribuan penggunanya.

E-mail @live.com.my

Oleh kerana akaun @live.com ini baru dibuka,mungkin anda akan dapat mendaftarkan alamat e-mail anda dengan nama pena atau nama blog atau nama-nama yang mungkin anda ingin gunakan semasa hendak mendaftar alamat e-mail dengan Yahoo! ataupun GMail tapi anda tak bernasib-baik keran sudah ada orang lain gunakan.

Selanjutnya»

Bagaimanakah jika internet,web atau blog cuba diterjemahkan atau diaplikasikan di dalam bidang Sains iaitu fizik,kimia ataupun biologi.Mungkin anda patut lihat gambar-gambar dibawah.

Fizik
Di dalam bidang fizik atau lebih tepat lagi astronomi,alam semesta terdiri daripada galaksi-galaksi,planet-planet,bintang-bintang dan juga jasad-jasad lain.Cuba pula alam ‘blogosphere’ ini yang terdiri daripada jutaan blog atau web dan sambungkan dengan internet digambarkan seperti itu.Boleh anda cuba bayangkan?Mungkin gambar ini dapat membantu.

Lebih lanjut lagi tentang blogosphere map. [via datamining]

Selanjutnya»

BOB untuk dijual.

Beberapa hari lepas, pemilik Blog Oh! Blog iaitu saudara Bob menyatakan hasrat untuk menjual blognya atas beberapa alasan dan secara rasminya blog Bob ini telah pun dijual kepada pemilik baru dengan harga $10,000 atau sekitar RM33,472.96! menurut blog Rajablog,MohdIsmail dan Sitepoint.

Harga muktamad BOB,$10,000!

Selanjutnya»

Page 1 of 212»