Maaf,sedikit terlambat bagi saya menulis Artikel Pilihan Asblogger.Com.Artikel pilihan saya sudah pun masuk ke Edisi ke-3 kali ini.Apa yang saya kongsikan dengan anda ini ialah apa yang saya fikirkan berguna untuk pembaca dan blogger seperti saya.Jadinya,kliklah link yang diberikan saya ini dan bacalah artikel tersebut.Diharapkan ia dapat membantu anda sebagai rakan saya:
Panduan untuk newbie menggunakan Twitter.Com – Artikel panjang tapi penuh informasi bagi anda yang mahu mula menggunakan twitter dan mengaplikasikannya pada blog dan kehidupan anda.
Pertandingan internet marketing tergila yang pernah anda lihat? – nilai terkumpul hadiah yang bakal dimenangi anda ialah sebanyak $9191!Pertandingan ini masih berjalan ketika ini dengan hadiah-hadiah menarik yang saya fikir takkan anda tolak.
Panduan membuat widget untuk blog anda [flash] – Tutorial ringkas membuat widget untuk blog anda disertakan sekali element untuk dimuat-turun.
The death of Entrecard – Penjelasan mengapa JohnCow merasakan Entrecard tidak mendatangkan manfaat bagi anda dan blog anda.Penjelasan yang harus dibaca oleh anda yang menggunakan Entrecard di blog.
Bagaimana cara untuk ‘embedded’ RSS pada web HTML anda? – Langkah demi langkah untuk ‘embedded’ RSS feed kegemaran anda pada halaman HTML dengan mudah.
Senarai 157 perisian percuma kegemaran PCMag – Daripada senarai 157 perisian percuma ini,cubalah perisian percuma yang belum anda guna dan mungkin anda akan terus menggunakannya.
The Internet Will End In 30 Years?! – Maknanya pada tahun 2038?Pelik tetapi benar!Disebabkan oleh ‘bug’ atau pepijat yang akan memberi kesan kepada sistem Unix,dunia akan tamat [pelik].Cuba anda lihat laman Wikipedia tentang masalah pada tahun 2038 ini [tetapi benar].
Shorcut atau Hotkey untuk Safely Remove Hardware – Amat leceh bagi saya juga bagi anda Safely Remove Hardware terutamanya nak uplug thumbdrive.Kini ada cara mudah untuk lakukannya,ikut sahaja tunjuk ajar How-To-Geek.
8 Perisian berasaskan Adobe Air yang berguna yang patut anda cuba.
Persediaan menghadapi WP2.5 – Minggu ini dijangka WP2.5 akan dikeluarkan setelah seminggu ditangguhkan.Bagi pemilik blog,pereka theme dan pereka plugin.Artikel ini berguna bagi anda sebagai checklist dalam mengemaskini blog,theme dan plugin.
Bagi yang mahu saya sertakan artikel yang ditulis anda untuk Artikel Pilihan Asblogger.Com akan datang,bolehlah berikan linknya kepada saya pada komen.Saya akan fikirkan kesesuaiannya untuk dikongsikan dengan para pembaca.Yang penting,janganlah wujudnya unsur plagiat dalam artikel anda.