3 basic tools to track search engine hot trends.
Posted by awqi_zar on Sep 22, 2008 in Blog, Review, Web • 2 commentsBanyak kaedah atau teknik yang digunakan oleh pakar-pakar SEO untuk mendapatkan trafik ke blog atau laman web mereka dan antara teknik yang paling berksesan ialah dengan menulis artikel yang mempunyai kata kunci dengan carian tertinggi. Di mana artikel tersebut paling dicari-cari menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo! dan juga MSN Live.
Tetapi bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui kata kunci untuk artikel tersebut yang akan menarik trafik ke blog kita?Jadi mari saya perkenalkan tiga alat yang boleh anda gunakan untuk melihat ‘trend’ tersebut:
Google Trends.
Google Trends daripada Google ini menyenaraikan kata kunci bagi carian yang paling hangat atau paling banyak dicari oleh pengguna. Senarai ini dikemaskini setiap 60minit dan anda boleh ’subscribe’ laman tersebut untuk memudahkan anda melihat carian yang paling banyak keluar.

Anda juga boleh menggunakan fungsi carian pada Google Trends untuk melihat samaada kata kunci yang ingin anda gunakan untuk menulis artikel mempunyai carian tertinggi ataupun tidak.
Yahoo! Buzz.
Berbeza dengan Google Trends, Yahoo! Buzz daripada Yahoo! ini menyenaraikan kata kunci dengan carian tertinggi bagi enjin carian mereka berserta sekali dengan artikel berkaitan yang boleh dijadikan panduan untuk anda menulis.

Yahoo! Buzz yang baru beberapa bulan lalu dibuka oleh Yahoo! sebelum ini tidak membenarkan para pengguna menghantar artikel pada Yahoo! Buzz. Kini mereka baru sahaja membuka pintu mereka bagi membolehkan pengguna menghantar artikel yang dirasakan boleh tersenarai di dalam Yahoo! Buzz.
Live XRank.
Live Search XRank daripada MSN ini sama seperti Google Trends di mana mereka menyenaraikan kata kunci carian yang tertinggi bagi enjin carian Live Search tetapi mengikut kategori tertentu seperti Celebrity, Musician, Politician, Blogger dan juga Olympics (mungkin berubah-ubah).

Seperti juga Google Trends, Live XRank ini menunjukkan maklumat tambahan bagi kata kunci tersebut seperti graf, artikel, gambar dan juga video berkaitan. Walau bagaimanapun, Live XRank ini masih di tahap beta dan masih banyak yang perlu diperbaiki dan juga ditambah.
Saya telah senaraikan 3 ‘tool’ yang boleh anda gunakan sebagai panduan menulis artikel supaya dengan cara ini blog anda mendapat trafik organik iaitu trafik daripada enjin carian dengan lebih mudah dan banyak. Sebenarnya di luar sana terdapat banyak lagi ‘tool’ yang boleh digunakan untuk melihat ‘trend’ kata kunci yang panas-panas belaka tetapi cukuplah dengan menggunakan 3 ‘tool’ asas ini.
Anda menggunakan ‘tool’ di atas atau tahu ‘tool’ yang lebih berkuasa daripada apa yangsaya senaraikan? Sila tinggalkan komen anda di bawah untuk saya kongsikan dengan pembaca lain dalam artikel akan datang.


Macam menarik ni …
Boleh guna untuk mengkaji keyword yang sesuai untuk blog
@zool
yup bro..
mmg sesuai pun tp nie juz basik la..
sesuai utk beginner..