Pintasan → entri / sidebar / RSS




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan
laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari.tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sudah lihat video tentang kemusnahan bumi?Mungkinkah ia kiamat?

p/s: Sebenarnya, saya tiada idea untuk buat post bukan disebabkan writer-block tapi saya ada komitmen lain iaitu pelajaran saya. Saya pelajar tahun akhir di sebuah universiti, jadi saya sibuk dengan tesis dan kerja projek.

Insya Allah, walau pun saya sibuk saya akan cuba juga tulis artikel di blog ini ya.

Random Posts

Mengenai entri ini

Entri ini telah ditulis dengan jayanya pada September 10th, 2007 jam 10:32 pm dan diletakkan di bawah kategori Santai, Umum. Anda boleh meragut atau mencopet RSS 2.0 feed blog ini sekiranya mahu. Anda digalakkan meninggalkan komen, atau pun membuat trackback dari blog anda sendiri.

4 respon untuk entri “Al-quran dan kesihatan.”

  1. Afzai Afandi

    1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

    Tu kira lebih kurang aku ler tu :)


  2. ramzwatcher

    oh, bagus artikel macam nie. Nak nak scientific + islamic fundamental facts. baru best and know why Alla buat macam tu :D


  3. awqi_zar

    bro AA>> hehe..sihat ape mndi awl..tp kne jirus air mula dari bawah la..
    Ramz>> btol tue ramz,smer mnde itu..ade sbabnya..kalo ramz tahu yg laen..ble kongsi ya..ble wat koleksi..


  4. m.f.khalid

    Saya suka artikel ini ” Al-quran dan kesihatan ” bagus macam-macam kita boleh tahu apa yang kita tak tahu seperti makanan yang kita makan samada ia halal atau haram,kebanyakan makanan yg kita makan adalah haram walaupun pada zahirnya halal,seperti ayam,dedak yg ayam makan telah dicampur dengan tulang-tulang babi ,jadi ENZIM BABI yg ada pada seekor ayam adalah 60% dan isi ayam 40% jadi APA yg kita makan ayam atau BABI.Itu ayam?? bagaimana makanan yg lain .Sebab itu bila hampir KHIAMAT nanti,turun nabi Isa dri langit dia musnah semua babi-babi yg ada dibumi ini,sebabnya org ISLAM skg sudah makan babi walaupun hakikatnya bukan makan babi yg sebenar!!!!!!!????.


Tinggalkan komen