Compfight.Com - Mencari imej di Flickr dengan mudah.
Posted by awqi_zar on May 26, 2008 in Blog, Teknologi, Web • No commentsBak kata pujangga,” sebuah gambar menggambarkan seribu satu perkataan”. Dengan hanya menggunakan sebuah gambar sahaja, orang lain akan faham apa maksud yang ingin anda cuba sampaikan. Di dalam penulisan artikel, gambar atau imej penting untuk menerangkan maksud penulisan dan bagi artikel berbentuk tutorial, ia penting sebagai penunjuk.

Bagaimana anda mencari imej yang ingin digunakan?Melalui Google?Atau Flickr?Bagi saya, lebih mudah untuk mencari gambar atau imej di Flickr sahaja kerana laman ini memang menumpukan kepada gambar sahaja. Bagi memudahkan lagi pencarian, apa kata anda gunakan Compfight.Com iaitu enjin pencarian ajax yang menumpukan carian di dalam flickr sahaja.

Compfight.Com menawarkan pencarian imej berdasarkan Tags dan juga Texts, ia juga menumpukan carian untuk imej yang di bawah Lesen Creative Common tetapi fungsi ini boleh dimatikan bila-bila masa sahaja. Compfight.Com juga mempunyai fungsi carian Original dan juga Safe Search yang boleh dimatikan fungsi ini mengikut keperluan anda.

Hasil carian tags untuk HDR.

