Dektop Tower Defense permainan di kala bosan.
Posted by awqi_zar on Apr 16, 2008 in Santai, Web • No commentsPernah anda main permainan bergenre Strategy Game seperti Red Alert, Command&Conquer, Command&Conquer Tiberian War dan permainan sebegitu yang memerlukan anda menyusun pasukan-pasukan untuk bertahan dan menyerang.Mencari sumber untuk diproses dan seterusnya membina kubu-kubu.
Tetapi permainan sebegitu sememangnya terlalu kompleks dan perlukan komputer atau laptop yang se’power mungkin.
Desktop Tower Defense.
Tetapi bagaimana jika anda di saat terlalu bosan dan komputer anda tidaklah sebegitu berkuasa tapi anda bernasib baik kerana ada sambungan internet.Jadi halakan browser Firefox atau IE mahupun Safari anda ke laman Desktop Tower Defense.Permainan ’strategy game’ ringkas ini mampu menghilangkan kebosanan sementara anda itu.
Matlamat:
Membunuh virus-virus yang yang melintas supaya tidak ada satu pun yang dapat masuk ke bahagian kanan DTD.
Bagaimana hendak bermain?
Pergi ke laman Desktop Tower Defense .
Kemudian pilih bahasa yang sesuai.
Dan pilih tahap permainan yang anda mahukan samada Easy,Hard dan sebagainya.
Pergi ke menu di bahagian atas kanan DTD:
Pada menu tersebut terdapat pilihan blok yang anda perlukan untuk menyerang dan bertahan,tiap-tiap blok tersebut mempunyai info tentang harga,kekuatan,serangan dan fungsi:
Di menu tengah atas DTD ialah menu tentang duit,nyawa dan masa untuk naik ke tahap yang lain.
Susun blok-blok mengikut kesukaan anda tetapi pastikan susunan tersebut dipercayai dapat membunuh virus-virus yang datang (susunan tidak dibenarkan menghalang perjalanan virus tersebut - tak boleh block jalan)
Setelah bersedia,bolehlah menekan butang ‘Start’,
Semasa bermain,pastikan anda lihat status penyerang anda dengan melihat ’status bar’ di menu bawah.Ini dapat membantu untuk bersedia menghadapi musuh.
Semasa bermain,anda boleh menambah blok-blok asalkan mempunyai duit yang diperlukan.Diingatkan,susunan blok-blok tidak boleh menghalang virus-virus melintas daripada bahagian kiri DTD ke bahagian kanan.Cuma susunan blok-blok tersebut boleh disusun supaya menyusahkan perjalanan virus-virus.
Selamat bermain dam semoga kebosanan anda hilang.

