Baru-baru ini Saudara Zul dari melayubuntu telah pun mengeluarkan E-Majalahnya sendiri,satu usaha yang patut dipuji dan dicontohi orang lain.Anda pun sebenarnya boleh menerbitkan sendiri e-book atau e-majalah sendiri.Berbalik kepada E-Majalah Melayubuntu V.0.1,saya cadangkan anda muat-turun e-majalah ini dan nilainya sendiri.
Ulasan:
Wow!Itulah yang terlintas di minda tatkala saya membuka halaman pertama warkah Saudara Zul,reka-bentuk e-majalah ini menarik hati saya.Bagi yang baru pertama kali mendengar Ubuntu dan ingin tahu apa itu Ubuntu,e-majalah ini patut dibaca kerana Saudara Zul menulis secara ringkas tetapi padat tentang apa itu Ubuntu.
Dengan reka-bentuk serta susun-atur perenggan-perengan ayat yang menarik,sedar tak sedar anda telah habis membaca e-majalah ini.Bagi saya,memang tak puas membaca e-majalah ini kerana ia hanya setebal 4 muka-surat sahaja.Mungkin Saudara patut tambah lagi.Hoho…
Komen:
Wajarkah sesuatu seumpama ini(emajalah) ini wujud?
Memang patut wujud lagi-lagi kepada mereka yang tak tahu tentang kewujudan OS yang percuma dan bernilai ini.Juga sebagai panduan kepada mereka yang kurang arif tentang penggunaan Ubuntu ini.
Adakah design dalam versi ini melampau?
Design yang sangat menarik pada pendapat saya!Mungkin anda juga rasa begitu,dengan bertemakan warna rasmi Ubuntu dan juga susunan perenggan-perenggan yang istimewa.Ia menarik dan tak melampau.
Adakah pendekatan straight to the point itu sesuai?
Bagi kebanyakan orang,’straight to the point’lah cara yang paling bagus dalam menyampaikan sesuatu terutamanya ilmu pengetahuan.Kerana kebanyakan maklumat itu ‘lost’ sebelum sampai kepada penerima.
Berapakah bilangan muka surat dan saiz file pdf yang sesuai?
Jika ia diterbitkan secara mingguan,memadailah hanya setabal 5 muka-surat dan jika diterbitkan secara bulanan,patut ditebalkan ke 30 muka-surat.Saiz bergantunglah,lagi banyak grafik,lagi besarlah saiz fail pdf ini.
Apakah emajalah boleh dikomersilkan?Jika ya, berikan sebab dan harga yang patut diletakkan utk setiap keluaran.
Bagi e-majalah seperti,patutnya diberikan secara percuma supaya lebih ramai yang mencuba Ubuntu.
Mungkin anda patut muat-turun dan beri komen anda tentang e-majalah ini.Dan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Saudara Zul,memang memberansangkan jumlah muat-turun e-majalah melayubuntu.
Apa lagi,muat-turunlah kerana ianya percuma!
KNizam
March 2nd, 2008 (#)
wahhhh mcm menarik je buku neh
awqi_zar
March 3rd, 2008 (#)
@knizam
donlod dlu dan nilai kemudian tp mmg menarik buku nie..
starline
March 6th, 2008 (#)
Melayubuntu?erhmmm cam menarik jer bunyinya
awqi_zar
March 6th, 2008 (#)
@starline
melayubuntu tue nme blog bro.. melayubuntu.blogspot.com