Enhance your blog posts with Yahoo! shortcuts.
Posted by awqi_zar on Dec 16, 2007 in Blog, Wordpress • 5 comments
Atau di dalam Bahasa Malaysianya perkayakan kandungan artikel-artikel di blog anda dengan menggunakan Yahoo! Shortcuts.Yahoo! Shortcuts ialah satu plugin wordpress di mana dengan mudahnya anda boleh menambah kandungan artikel anda gambar,peta,maklumat kewangan,produk,auto,berita dan juga carian.Ini menjadikan artikel anda lebih bermaklumat dan berguna.
Langkah 1:
Untuk mula menggunakan Yahoo! Shortcuts ini,anda perlu muat-turun widget ini di laman web Yahoo! Shortcuts,muat-naik dan aktifkan plugin tersebut.

Langkah 2:
Taiplah artikel anda seperti biasa,semasa artikel anda ditulis.Widget ini secara automatik akan mencari maklumat yang berkenaan seperti gambar,peta dan sebagainya.

Langkah 3:
Selepas selesai menulis sila tekan ‘Review this post’,anda akan dibawa ke satu halaman di mana anda boleh melihat shortcuts yang dijumpai oleh wigdet ini.Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah memilih tetapan shortcuts ini sekadar shortcut ataupun badge.Anda juga boleh menetapkan samaada mahu membiarkan sahaja shortcut tersebut atau membuangnya dengan fungsi ‘remove’ atau ‘remove all shortcuts’.

Langkah 4:
Selesai melakukan tetapan,anda boleh ’save’.Ooops,artikel anda belum ‘publish’ lagi.Selepas anda menekan ’save’,anda dibawa kembali ke laman admin write post,di sini sekali lagi anda boleh melakukan apa-apa perubahan terakhir antaranya mengubahsuai kedudukan bagde dan sebagainya.
Langkah 5:
Selesai kesemuanya,barulah anda boleh menekan publish dan artikel anda sudah di’publish.
Menarik bukan fungsi yang ada pada Yahoo! Shortcuts?Maklumat lanjut tentang widget ini sila lihat faq dan untuk melihat secara praktikal bagaimana wigdet ini digunakan,sila lihat quick demo Yahoo! Shortcuts(video).


Menarik gak plugin ni, tapi tak pernah jumpa lagi blog kawan2 yang guna..Kalau ada inform2 la tau sebab nak tengok, hehe..
@Bat
mmm..sy nak try tp ade masalah capaian internet..kalu tgk demo die,mmg memudahkan plugin nie..senang2 jek embedded flickr picture tue..
apa kelebihan kita bila guna y! shortcut ni… dia ada buat bayaran apa-apa ker… kalau cam kontera adalah kan tapi kalau yang ni?
sebab rasanya dia mesti gunakan medium ni untuk tujuan advertising kan..
@am
tak la am..free jek..kontera tue iklan tp yg nie widget besey..