Pintasan → entri / sidebar / RSS




Dalam beberapa hari sahaja lagi, Mozilla akan mengeluarkan Firefox generasi ketiganya iaitu Firefox 3 pada 17 Jun dan beberapa jam yang lalu Mozilla telah pun mengeluarkan Firefox Release Candidate 3 (FFRC3) ialah Firefox versi percubaan yang terakhir sebelum Firefox 3 dikeluarkan.

Dalam masa yang sama, Mozilla juga di dalam kajian untuk mengeluarkan Firefox versi mobile yang diberi nama Fennec dan bagi yang ingin melihat bagaimana rupa-paras Firefox versi mobile bolehlah saksikan video di bawah.

Firefox Mobile Concept Video from Aza Raskin on Vimeo.


Hampir separuh (<50%) daripada pembaca pelawat Asblogger.Com menggunakan Firefox sebagai pelayar laman web mereka mengikut statistik daripada Google Analytics dan sebagai pengguna Firefox, masalah yang paling besar ialah penggunaan memori yang sangat tinggi oleh Firefox. Masalah ini dijangka akan diselesaikan oleh Firefox 3.

Namun tak ramai pengguna internet di Malaysia yang menggunakan telefon bimbit mereka untuk melayari internet walaupun statisik menunjukkan lebih kurang 47% daripada rakyar Malaysia yang menggunakan internet atau pun yang online.

Melayari internet di telefon bimbit sama seperti melayari internet di komputer atau laptop anda, untuk melayari internet di telefon bimbit anda perlukan juga pelayar walaupun pelayar ‘default’ yang sedia ada pada ikon internet di telefon tetapi ia tidak menjanjikan pelayaran yang maksimum. Pernah dengan Opera Mini? Opera Mini ialah di antara pelayar versi mobile yang paling banyak digunakan untuk melayari internet menggunakan telefon bimbit dan saya menggunakannya untuk melayari internet secara mobile.

Mengapa tak ramai penggunana internet di Malaysia tak melayari internet menggunakan telefon dan hanya menggunakan komputer atau laptop sahaja? Mungkin sebab-sebab di bawah menjadi punca kepada permasalahan di atas:

  • Tak ramai yang tahu internet boleh dilayari melalui telefon bimbit.
  • Tak tahu perisian yang sesuai untuk pelayaran internet melalui telefon bimbit.
  • Risaukan tahap keselamatan semasa melayari internet dengan telefon bimbit.
  • Harga untuk penggunaan GPRS dan juga 3G yang boleh dikatakan masih mahal di Malaysia.

Daripada sebab-sebab di atas, sebab yang paling akhir saya fikir menjadi masalah paling utama walaupun faktor tahap keselamatan boleh juga diambilkira namun pelayar seperti Opera Mini mempunyai tahap keselamatan yang tinggi kerana menggunakan ‘SSL-encrypted connection’.

Kos penggunaan GPRS dan 3G masih lagi tinggi di Malaysia dan kos penggunaan dikira berdasarkan penggunaan per kilobait bukan penggunaan berdasarkan bulan seperti yang dilakukan di Eropah yang menggunakan pakej secara bulanan. Sebagai contoh, syarikat telekomunikasi terkenal di US iaitu AT&T mengenakan bayaran sebanyak $30 penggunaan data tanpa had secara bulanan.

Random Posts

Mengenai entri ini

Entri ini telah ditulis dengan jayanya pada June 13th, 2008 jam 1:00 am dan diletakkan di bawah kategori Teknologi, Terfikirkah anda?, Web. Anda boleh meragut atau mencopet RSS 2.0 feed blog ini sekiranya mahu. Anda digalakkan meninggalkan komen, atau pun membuat trackback dari blog anda sendiri.

Tinggalkan komen