Friendster kini dengan fungsi widget.

Posted by awqi_zar on Dec 2, 2007 in Santai, Saya, Web3 comments

Kini friendster.com iaitu laman web kedua paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia telah memperkenalkan fungsi widget di dalam platform mereka.Sebelum ini, friendster yang menyertai gagasan OpenSosial yang diterajui oleh Google telah membuka API mereka kepada para pembangun atau ‘developer’.[via infomalaya]

Maka terhasillah widget untuk friendster yang telah dibuka direktorinya baru-baru ini.Walaupun baru beberapa hari dibuka,banyak juga widget yang disediakan.Antaranya kategori widget yang ditawarkan ialah:
* Slideshows & Photos
* Just For Fun
* Entertainment
* Games
* News & Information
* Sports
* TV Shows
* Video
* Music

Amatlah mudah untuk meletakkan widget ini di profail anda,hanya pilih kategori dan widget yang sesuai dan tekan ‘Add to Profile’.Kemudian anda akan dibawa ke ‘page’ untuk ‘login’.Setelah itu,barulah anda boleh mengemaskini widget anda sesuka-hati anda.

Walaupun begitu,antaramuka bagi profail masih lagi tidak mesra pengguna atau fleksibel bagi.Adalah lebih baik jika antara-muka friendster boleh diubah-ubah kedudukannya hanya dengan cara ‘drag and drop’ sahaja.Mungkin ini kekurangan friendster walaupun para pengguna dapat ‘customize’ profail mereka dengan kod-kod CSS/HTML.

Apa-apa pun,anda yang menggunakan friendster patut mencuba fungsi baru ini sendiri.Untuk ‘add’ saya sebagai rakan anda,silalah berkunjung ke profail saya (awqi_zar[at]yahoo[dot]com).

Kemaskini:

Untuk memudahkan anda menambah fungsi widget pada profail.Selepas ‘login’,pergi ker Explore>Widget Directory atau klik sahaja pada pengumuman tentang friendster widget di sebelah kiri menu.

Related Posts

3 reactions

» Comments RSS Feed
  • Wahaha, terima kasih atas kredit..Tadi sempat menyinggah kat profail frenster, huhu..

  • cantik…ade gak widget akhirnya.. :P

  • @Bat
    sama2 bro..reciprocal link la katakan..heee..

    @aman
    haha..mmg cun aman..tapi sayang,kedudukan mende2 kat profail tue still xble ubah2..huhu..

Trackbacks

Leave a comment