Fungsi terbaru dalam Gmail.

Posted by awqi_zar on Dec 7, 2007 in Software, Teknologi, Web5 comments

Gmail iaitu pembekal perkhidmatan peti e-mail @gmail.com telah memperkenalkan pelbagai fungsi baru yang canggih dan berguna kepada para penggunanya tambahan kepada fungsi-fungsi sedia ada.Gmail dimiliki sepenuhnya oleh Google dan anda boleh dapatkan e-mail ini di laman mail.google.com kepada yang ingin mencuba perkhidmatan ini.

Antara fungsi terbaru ialah label berwarna,bagi tiap-tiap e-mail yang diterima oleh anda boleh dilabelkan mengikut nama pengirim atau apa-apa saja nama yang ingin anda berikan.Dan,anda boleh memilih warna tertentu untuk label-label ini.Semestinya,ini dapatkan memudahkan anda untuk menguruskan pelbagai e-mail yang diterima dan juga mengurangkan defisit masa yang diluangkan untuk menguruskannya.

Fungsi label dan label berwarna.

Sebelum ini,Gmail telah pun memperkenalkan fungsi GTalk iaitu fungsi ‘chat’ di dalam e-mail’nya.Baru-baru ini,GMail telah memperkenalkan fungsi baru dalam GTalk di mana para pengguna GTalk(dan pengguna GMail) boleh bersembang dengan pengguna AIM(more).Ini termasuk tambahan ikon-ikon ‘emoticon’ yang baru dan juga ‘group chat’(more).

Fungsi chat dengan AIM,emoticon dan ‘group chat’.

Fungsi lain yang terdapat di GMail ialah kebolehan membaca ‘file attachment’ yang dikirimkan secara.Sebenarnya fungsi ini secara kebetulan ditemui saya setelah membaca satu artikel di blog international.Fail yang boleh dibaca dan diedit secara atas talian ialah Word,Excel dan Power Point.Fail-fail ini boleh diedit menggunakan perisian atas talian Google Docs.

File attachment yang boleh diedit dengan Google Docs.

Contoh ‘attachment’ diedit dengan Google Documents.

Untuk menggunakan fungsi-fungsi di atas,pastikan anda menggunakan GMail versi terbaru.Bagaimana anda tahu,anda menggunakan GMail versi baru atau tidak?Lihat ’setting bar’ anda.

Anda menggunakan GMail versi baru.

Anda menggunakan GMail versi lama.

Related Posts

5 reactions

» Comments RSS Feed

Trackbacks

Leave a comment