Harga sebuah hand phone dan kemerdekaan.
Posted by awqi_zar on Aug 31, 2007 in Uncategorized • 11 comments
Bangun..Bangun..Bangun..Kau masih tidur lagi tatkala orang lain sedang sibuk menyambut hari kermerdekaan Malaysia(jam baru 9:21 pagi semasa artikel ini ditaip).Mungkin kau masih lagi mengantuk kerana baru balik daripada menyambut ambang merdeka malam tadi?Atau kau masih dibuai mimpi manis?
Entri ini ditulis sebagai tanda ku menghargai nilai sebuah kemerdekaan,keamanan,keharmonian dan segala jenis ke-an lagi. Kau tahu bagaimana rasanya hidup dalam porak-poranda?Dalam ketakutan?Dalam kemiskinan?Kau cubalah bayangkan hidup kau tanpa ‘hand phone’ sahaja cukuplah.Betapa runsing hidup kau kan?Ataupun kau punya ‘hand phone’ tapi tak punya kredit?Memang tersiksakan?
Itu mungkin sedikit sahaja untuk kau bandingkan dengan nilai kermerdekaan.Kau tahu berapa nilai kermerdekaan jika nak dibandingkan dengan harga ‘hand phone’ kau?HargaHP kau mungkin RM670 bagi Nokia5300 Xpress Music tapi bagi kemerdekaan?Harga sebuah kemerdekaan perlu kau bayar dengan berapa banyak nyawa yang melayang.Berapa banyak titis darah yang tumpah.Berapa banyak masa yang terbuang.Berapa banyak gelang emas,rantai emas dan cincin emas yang digadaikan untuk ditukarkan kepada wang kertas bagi membolehkan Bapa Kemerdekaan Malaysia pergi ke London.Menuntut supaya Tanah Melayu milik kita semua ini merdeka,merdeka dari genggaman mereka.
Apa yang kau perlu buat untuk menghargai kemerdekaan itu?Jagalah keamanan tanah tumpah darah kau ini.Jika dengan nyawa kau,nyawa kau lah juga.Jagalah perpaduan di kalangan rakyat.Bak kata Pak Lah,”Jangan biar hasad dengki,tamak jajah minda rakyat”.Hargailah orang-orang terdahulu yang berjasa kepada negara kau ini.Dengannya kau dapat hidup dengan semahu-mahunya.Dengannya kau dapat belajar apa-apa yang kau mahu.Dengannya kau punyai ayah dan ibu.Juga,bersyukurlah kau atas nikmat kurniaan-Nya!Tanpa izin-Nya,negara ku ini takkan merdeka,aman,sejahtera dan kaya seperti tika ini.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Inilah perkataan yang Tunku Abdul Rahman laungkan di Stadium Merdeka pada pagi hari pertama Tanah Melayu merdeka dan perkataan ini jugalah yang Pak Lah laungkan malam tadi sebagai tanda Malaysia negara yang ku sayangi ini telah merdeka 50 tahun lamanya!50 tahun yang penuh keazaman,kesungguhan dan jatuh-bangun bagi membangunkan Malaysia hingga ke tahap hari ini.
Alhumdulillah.Terima kasih Malaysia!


Cantik logo wordpress kat atas. Ngko terror design ker
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 50
Malaysiaku Gemilang
wah…hihihih..tak tau la plak saya yang blog ini blog bro..tahniah..
erk,xla bro..s’mlm dpt e-mail dri mr gobala ttg logo WP sempena merdeka..so,bg nk m’hangatkan lg merdeka..sy tampal la..heee..design?xbrp terer la..huhu..
trimas naem..bru wat,fresh lg..igt nk promote tp bru lg..segan la..heee..
promote jangan tak promote..masa saya mula buat diari adsense tu, saya buat hujung bulan 7. saya mulakan dengan melawat blog2 baru dan yang lebih muda usianya berbanding blog yang dah memang terkenal..pd pandangan sy blog2 yang lebih muda tu macam saya juga, nak cari komuniti juga kan?
pastu, baru saya rangka strategi lain pula untuk bagi famous..
setakat ni, masih berjalan mengikut plan..cuma menulis setiap 3hari sekali tu akan melambatkan proses saya le..
ntah la, rasanya nak kena cari idea baru pula
terima kasih,nnti sy promote..hihi..waaa,dh de perancangan yek..bguz la..
testing plug-in..
Salam perkenalan dari saya,
Selamat menyambut merdeka ke50.
ya,salam perkenalan juga..
Sorry