I-want-to-blog.com, panduan mudah untuk mula ber’blogging.

Posted by awqi_zar on Oct 4, 2007 in Blog, Blogspot, Wordpress5 comments

Saban hari ada saja blog yang lahir, bagi yang sudah tahu apa itu blog?Mungkin senang sahaja untuk mereka memulakan blog tapi bagi yang masih asing?Terkial-kial mungkin.Jadi i-want-to-blog.com sudah memudahkan hasrat mereka yang ingin memulakan blog.

Semudah langkah 1,2 dan 3, daripada perancangan untuk blog, pemilihan medium untuk ber’blogging dan juga memberitahu dunia yang anda sudah kemaskini blog dengan ping.

Langkah pertama; Baca dahulu perkara-perkara yang berkaitan dengan blog supaya nanti anda akan dapat gambaran tentang bagaimana anda ingin mencorakkan blog anda.

Langkah kedua; Pilihlah la dari senarai yang menawarkan ‘blog hosting’ secara percuma.

Langkah ketiga; Sudah membuat post di blog anda?Apakata kata anda beritahu dunia dengan ping, jika menunggu google atau yahoo atau msn untuk crawl blog anda mungkin lambat sedikit.

Anda rasa tak cukup lagi panduan?Mungkin anda patut pergi ke laman i-want-to-blog saja.

Random Posts

5 reactions

» Comments RSS Feed

Leave a comment