Iconlook.Com - enjin pencarian untuk icon.
Posted by awqi_zar on Jun 6, 2008 in Web • 2 commentsEnjin pencarian seperti Google, Yahoo! dan MSN sesuai dalam pencarian melibatkan teks seperti pencarian berkenaan maklumat, info, fakta dan sebagainya tetapi dalam bentuk artikel atau tulisan. Tetapi bagaimana dengan carian untuk imej terutamanya ikon(icon)? Google images menawarkan pencarian untuk imej atau gambar tetapi tidaklah menumpukan kepada carian untuk ikon.
![]()
IconLook.Com - Search engine untuk icon.
Bagaimana caranya melakukan carian untuk ikon tetapi dengan cara yang efektif? Jadi Iconlook.Com merupakan tempat yang tepat untuk anda mencari ikon-ikon yang ingin digunakan di dalam projek anda. Iconlook.Com merupakan enjin carian yang dikhaskan untuk ikon-ikon sahaja.
![]()
Antaramuka keputusan carian untuk ikon ‘windows’.
Dengan Iconlook.Com, anda boleh melakukan carian untuk ikon dengan saiz 12×12, 16×16, 22×22, 32×32, 48×48, 64×64 dan juga 128×128. Bagi yang tidak ada idea bagaimana mula mencari ikon yang diingini, anda boleh gunakan fungsi Tag Cloud dan Popular icon sebagai panduan.
![]()
Antara info yang ditunjukkan.
Bagi tiap-tiap ikon disediakan pautan untuk memuat-turun dan juga laman asal ikon tersebut. Lesen pemakaian ikon tertentu ada juga ditunjukkan sebagai panduan pemakaian. Sememangnya Iconlook.Com telah memudahkan kerja anda untuk mencari ikon-ikon yang ingin digunakan di dalam grafik, favicon dan sebagainya.


hoho..best entri nih…aku mmg gile cari ikon..hahaha
@melayubuntu
hoho..bru tau..agak2 berapa Gig la icon ko yek..hehe..