Pintasan → entri / sidebar / RSS




Bagi yang tak tahu lagi,GMail mempunyai satu fungsi istimewa yang tak terdapat pada e-mail provider lain iaitu kebolehan menukar e-mail ke dalam bentuk Feed yang akan dibaca oleh FeedReader.Feed ini hanya untuk e-mail yang belum dibuka terutamanya e-mail yang baru sahaja masuk(feed for unread e-mail).

Sebelum itu,anda perlukan FeedReader yang menyokong fungsi authentication dan pihak GMail sudah pun menyenaraikan beberapa reader yang menyokong fungsi tersebut.

Tambahkan code di bawah pada FeedReader anda;
http://mail.google.com/mail/feed/atom/ – feed untuk e-mail terbaru
http://mail.google.com/mail/feed/atom/labelname/ – feed untuk e-mail dengan label tertentu
http://mail.google.com/mail/feed/atom/unread/ – feed untuk fungsi unread di GMail.

Untuk keselamatan,tukarkan http kepada https dan pastikan anda tidak berkongsi feed GMail dengan orang lain.

[daripada GoogleSystem]

Related Posts

Mengenai entri ini

Entri ini telah ditulis dengan jayanya pada March 11th, 2008 jam 12:30 am dan diletakkan di bawah kategori Software, Teknologi, Web. Anda boleh meragut atau mencopet RSS 2.0 feed blog ini sekiranya mahu. Anda digalakkan meninggalkan komen, atau pun membuat trackback dari blog anda sendiri.

Tinggalkan komen