Komuter dan Impak Maksima.
Posted by awqi_zar on Sep 2, 2007 in Santai • 6 comments
Hari sabtu dan ahad, pasti hari-hari biasa bagi kau untuk keluar bersama orang yang tersayang.Apa yang kau buat?Ku agak, semestinya kau akan tengok skrin yang terang-benderang dalam suasana gelap atau kau melempar bola bulat ke blok-blog comel berwarna putih dari jarak yang begitu jauh.Atau pun, kau pergi window shopping?Haha.
Ku pun insan biasa seperti kau, keluar [...]
Hari sabtu dan ahad, pasti hari-hari biasa bagi kau untuk keluar bersama orang yang tersayang.Apa yang kau buat?Ku agak, semestinya kau akan tengok skrin yang terang-benderang dalam suasana gelap atau kau melempar bola bulat ke blok-blog comel berwarna putih dari jarak yang begitu jauh.Atau pun, kau pergi window shopping?Haha.
Ku pun insan biasa seperti kau, keluar ke sana ke mari.Melepaskan tension 5 hari menghadap blok-blok tulisan yang ku lihat semenjak tadika lagi.Tapi ku ada satu kelainan daripada kau, ku keluar pada petang jumaat bkn di hujung minggu.Seperti kebiasaan, komuter la menjadi kenderaaan utama ku kerana ku tak punya wang untuk membeli kenderaan sendiri.Tunggu kerja sajalah baru ku boleh beli sendiri.
Jadi terjadilah satu kisah di mana pada petang Jumaat 31 Ogos ku terpaksa menunggu hampir 3jam untuk mendapatkan satu komuter!Alasannya, stesen komuter di Segambut mengalami masalah teknikal.Jadi train menghala ke Rawang dan Seremban pun turut sama terjejas,ku kira ia masalah elektrik.Panas hati ku tapi ku tetap bersabar dan harus bersabar.Berapa lama masa yang paling panjang pernah kau ambil untuk dapatkan suatu perkhidmatan awam itu?Komenlah ya?
update: ada bonus untuk kau, klik read the rest ya?
Dan ini cerita tentang filem Impak Maksima, filem pertama Malaysia yang memaparkan tentang kereta menggelongsor di atas jalanan.Ia karya Ahmad Idham,pengarah sama Jangan Pandang Belakang.Kau dah lihat JPB?Untuk kau mendriftkan kereta, kau perlu tarik hand-brake kereta kau.Itu perkara asas setahu ku.Sebenarnya, ia bukan kereta drift sahaja tapi ia kisah kasih-sayang abang kepada adiknya.Si adik buat salah si abang pasti hadir di sisi bagi memperbetulkan kesalahannya.Itulah kasih-sayang abang kepada adiknya.Dan yang lain-lain, hanyalah adegan kereta drift di tengah-tengah kota KL.
Drift dalam filem IM memang bagus bagi standard Malaysia, memang cantik.Janganlah kau bandingkan dengan cerita anime Initial D, ku tahu ia memang terlalu perfect.Atau cerita TFTF 3:Tokyo Drfit, kau tahu asalnya drift itu dari negara matahari terbit.Merekalah pakar dalam drift!Kalau kau mahu lihat drift yang paling cantik, baik kau lihat saja filem Initial D.

Mungkin kau tahu, kita akan ada lagi filem berlatarkan drift dari Malaysia.Tajuknya Evolusi KL Drift kalau tak salah ku dan ia arahan anak Dato’ Yusof Haslam.Kau mahu lihat drift dalam filem itu yang leaked sedikit di internet?Cuba kau buka youtube dan search Evolusi KL Drift atai KL Drift.Kau lihatlah, menarik bukan?Yang ini, ku tak tahu ia skrip tentang apa atau kau tahu?

Apa-apa pun, IM memang percubaan yang baguz bagi ku walaupun mungkin kau banyak berkata ia meniru TFTF2 ataupun kau menyoalkan tentang grafiknya yang tak berapa elok.Ya,ku akui grafik yang dibuat tak berapa elok tapi ia percubaan yang berani.Kereta meletup.Kereta dihimpit sehingga melanggar tiang iklan.Ia grafik tapi buatan Malaysia!Mungkin kau mahu lihat yang perfect?Kau lihatlah Cicakman,bandar Metrofulus yang ku fikirkan ia gambar kota-kota di Malaysia yang sebenarnya ia hanyalah rekaan grafik.
p/s: bagi peminat InitialD, kau akan dapat lihat nissan trueno drift!Yeah!
p/s/s: ku sudah katam lihat anime InitialD stage1-4, kau fikit ada sambungannya?
p/s/s/s: mungkin kau akan fikir IM itu internet marketer, haha.
Lagu tema Impak Maksima : Turboupload.Com , (mirror) Sendspace.Com



Ooo.. aku tak berminat untuk melihat cerita ini kerana aku bukanlah peminat kereta sangat..bawa kereta setakat untuk bergerak ke sana ke mari…
Baru tengok Rush Hour 3…ha ha ha gelak sakan..
hakhak..xpe la..rush hour 3 dh tgk jgak..besh..ble wat kompilasi nie..hihi..rush hour 1.2.3
BEST GILLER CITE NI,I AM THE NO.1 FAN OF THE MOVIE.
memang bagus dan memang cantik aksi impak maksima
kau orang salah,akulah peminat no.1 impak maksima di dalam dunia
@hafizie
LOL..smer org pun minat jgak..