Alkisahnya,ku baru pulang dari menonton Impak Maksima dan terus dihidupkan laptop ku(ya,laptoplah medium ku berblogging).Seperti biasa ku buka dahulu blog asblogger yang tak sehebat blog mohdismail atau infomalaya, selepas itu baru ku buka blog sahabat-sahabat ku yang lain.Nampakkan kau yang ku ini addict dengan blog?Kau mahu tahu berapa nilai addict kau terhadap blog?Cuba kau semak di sini.

Comelkan icon advertlets
Ku belek-belek hampir setiap inci blog-blog sahabat ku yang lain.Hatta jika ku nampak url yang menarik,akan ku segera klik.Tiba-tiba bebola mata ku segera tertancap pada satu iklan advertlets.Kau tak tahu apa itu advertlets?Kau pernah dengar google adsense?Sama saja fungsi advertlets dengan adsense cuma advertlets lebih fokus kepada Malaysia kerana ia buatan Malaysia.Kau harus berbangga kerna kita punyai produk sebegitu!Selain advertlets, kau boleh lihat nuffnang pula.Desas hati ku,”Ini iklan baru adverlets kalau tak salah aku”.Kau mahu tahu apa iklan yang ku lihat?Lihat bawah ya.

Ku fikir,apa kena-mengena iklan ini dengan advertlets?Soalan itu terhenti setakat itu sahaja tapi bilaku sampai di blog amanz, soalan tadi segera terjawab!Mahu tahu jawapannya,sila lawat blog sahabat ku ini.
Ya, baru kini ku tahu apa kena-mengena advertlets dan iklan tadi.Seperti apa yang kau nampak, media iklan ini ada satu projek di merdeka.com bersama wind.Apa itu merdeka.com?Satu website yang dibina tepat 31 Ogos 2007 dengan tujuan menghargai dan menyambut kemerdekaan negara.Apa yang boleh untuk sertai projek mereka?Kau boleh pergi ke web merdeka dan kau boleh isikan ucapan kemerdekaan atau submit foto berbaur kemerdekaan.Caranya?Ku tak mahu tunjukkan di sini kerana lebih baik kau pergi ke web penganjurnya sahaja untuk maklumat yang tepat ya.
Selain itu, mereka sedang mengumpulkan sebanyak 5000 wajah rakyat Malaysia yang perasan kacak dan cantik untuk dibuat pixel bagi membentuk imej bendera Jalur Gemilang(hihi).Ya, yang ini paling menarik perhatian ku dan jika Mr Josh Lim benarkan kau dan ku letakkan url blog atau web pada imej tersebut.Pasti blog kau dan ku akan diserbu amaun lalu-lintas yang banyak.Untuk kau sertai acara ini, janganlah bermalasan menjengah page myFlag ini.Akan ku kirim foto ku yang tak berapa kacak ini kepada mereka selepas ini juga, yang ini kau perlu kirimkan secara mail elektronik.
p/s: Post tentang filem drift pertama Malaysia akan muncul selepas post ini.
p/s/s: Mr Josh Lim, is wind website exist?I can’t see it webpage.
update: Kau boleh letak link blog atau web kau,kesalahan ejaan ADVERTLETS telah dibetulkan.(terima kasih Josh Lim)

Josh Lim
September 1st, 2007 (#)
Salam! Terima kasih kerana telah menulis tentang projek merdeka.com! Kita telah buat beberapa perubahan terhadap peryertaan ramai dalam projek ini, dan ya, boleh letak URL blog dengan gambar.
PS: Wind punya laman web boleh guna…kamu perlu klik icon “x” yang besar itu.
awqi_zar
September 1st, 2007 (#)
waaah,terima kasih josh lim di atas keprihatinan..cepat betul bagi jawapan..terima kasih..
Josh Lim
September 1st, 2007 (#)
Sama-sama! Namun begitu, ada satu kesilapan ejaan, sepatutnya ADVERtLETS bukan ADVERLETS
Merdeka!
awqi_zar
September 1st, 2007 (#)
Maaf josh lim..tersalah eja pula..terima kasih kerana menegur..semoga advertlets sukses!Merdeka!
aman
September 1st, 2007 (#)
wah…awat tak letak link affiliate hang ganti link advertlets tue…
suhail
September 1st, 2007 (#)
Salam..hai semua..tQ awqi_zar coz ke blog sy.. bagus informasi ni..
awqi_zar
September 1st, 2007 (#)
aisey bro..cari xjmp la..mne nk cri link affiliate advertlets yek?s’mlm dh ngantuk sgt wat post..so,lme cari tp xjmp..len kali la letak..heee..
awqi_zar
September 1st, 2007 (#)
sama2,insya Allah..sy akan lawat smer blog kawan2 yg dh dtg kat blog sy nie..trimas ya..
taupoyz
November 22nd, 2008 (#)
that it a great info…nice ya..good luck..