QuranExplorer - terjemahan dan bacaan online.
Posted by awqi_zar on Nov 4, 2007 in Software, Web • 2 commentsKepada yang sibuk dan tak berkesempatan untuk membaca al-quran,kini sudah ada jalan penyelesaian untuk anda.
Muka utama QuranExplorer.Com
QuranExplorer membolehkan anda membaca al-quran secara online,kepada yang bekerja di pejabat anda boleh membuka laman QuranExplorer atau yang berada di rumah dan ada sambungan internet boleh juga menggunakan QuranExplorer.
Antaramuka QuranExplorer.Com(kiri:terjemahan,kanan:ayat Al-quran)
QuranExplorer bukan sahaja memaparkan kandungan Al-quran lengkap 30juzuk tetapi juga siap dengan terjemahannya dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Malaysia.Terjemahan ini berupa teks dan juga audio yang pasti menyenangkan kita.

Pilihan terjemahan yang disediakan.
QuranExplorer juga disertakan sekali bacaan Al-quran oleh Imam-imam terkenal bagi mereka yang tak berkesempatam untuk membaca Al-quran tetapi mahu mendengar bacaan Al-quran sebagai halwa telinga.

Pilihan bacaan oleh Imam-imam.
Jadi sama-samalah kita menggunakan menghidupkan amalan membaca Al-quran dan janganlah bila tiba bulan Ramadhan sahaja baru kita menyentuhnya.Wassalam




Satu info yang berguna untuk dunia dan akhirat..EH guna bidvertiser ker??? Rasanya untuk blog bahasa Melayu Bidvertiser kurang efektif lah …
ooo,camtue ker..terima kasih gtau ya zool..