Ranking universiti di Malaysia jatuh?
Posted by awqi_zar on Nov 14, 2007 in Santai, Saya, Umum • 7 comments
Menurut the star keluaran 13 November 2007 bertajuk Malaysian varsities not in top 100 lists,nampaknya tiada satu pun universiti di Malaysia ini yang berada di tangga 100 teratas.Mahupun top 200.
Anda boleh muat-turun laporan universiti tangga 100 di dunia di topuniversities dan cuba lihat universiti dunia yang berada dalam senarai tersebut.
Universiti-universiti ulung seperti Cambrigde,Harvard dan Oxford masih lagi berada di tangga teratas.Mungkin kita patut kecilkan sedikit skop pemerhatian kita dengan melihat senarai universiti Asia Tenggara pula.Ada dua universiti Singapura berada di kedudukan top 100.
Bagi senarai Asia,universiti-universiti daripada Jepun,China,Korea Selatan dan Taiwan berada di kedudukan top 100 dan top 200.
Bagaimana pula dengan dua universiti Malaysia yang sebelum ini berada di top 200?Jika sebelum ini UKM daripada tangga 185 tapi kali ini jatuh ke tangga 309 dan UM daripada 192 ke tangga 246.Dan kini USM berada di tangga 307 dan UPM di tannga 364.
Jika dahulu para mahasiswanya dahagakan ilmu pengetahuan di universiti,kini mereka dahagakan keseronokkan.Jika dahulu universiti tempat mencari jati diri atau membina jati diri,kini unversiti tempat mencari marka.Tepuk dada,tanyalah diri.Alahai,apalah nasib diri…
(sekadar pandangan peribadi)


tak habes lagi bangga universiti aku paling cemerlang dlm Malaysia.. tahu2 dah terkeluar carta..
haha…ni disebabkan AUKU la ni…
pelajar minda tertutup…
dimanakan universiti aku..
@aman
huhu..ntah la bro..xjumpa plok..huhu..
Universiti aku dah jatuh rupanya daripada 192 ke tangga 246.Universiti Malaya.jatuh x pe janji ada kualiti dari mahsiswanya
@starline
mudah-mudahan mcm tue la..ranking nie pun based on U..mcm tak menyeluruh sangat la..
Harap tahun baru 2008 ni makin meningkat la buat semua universiti.