SafeManuals.Com - Pusat sehenti untuk carian manual.
Posted by awqi_zar on Jun 20, 2008 in Terfikirkah anda?, Web • 2 commentsSewaktu anda membeli alatan elektrik seperti laptop, printer mahupun peralalan lain. Disertakan bersama panduan atau ‘manual’ tentang tatacara pemakaian alatan tersebut. Diceritakan cara bagaimana memasang dan menggunakan peralatan tersebut. Ia cukup penting bagi anda agar tak tersilap langkah tetapi bagaimana pula buku panduan atau ‘manual’ ini hilang atau pun telah dibuang secara tak sengaja?

Ada sambungan internet?Jadi usah bimbang, SafeManuals.Com merupakan jalan penyelesaiannya. SafeManuals.Com merupakan laman web mengumpul pelbagai buku panduan atau ‘manual’ daripada pelbagai produk dan pengeluar. Laman SafeManuals.Com juga merupakan laman yang dijana oleh komuniti di mana anda boleh menyumbang ‘manual’ yang ada dengan memuat-naik buku panduan tersebut ke laman web SafeManuals.Com.
Setakat ini, laman SafeManuals.Com mempunyai lebih daripada 800,000 manual daripada lebih kurang 3000 pengeluar yang disumbangkan oleh ahlinya seramai 400,000 orang. Untuk mencari buku panduan, anda boleh gunakan fungsi ’search’ atau carian yang disediakan atau pun menggunakan butang ‘drop down’ yang ada dan ini adalah cara yang lebih cepat untuk mencari manual yang diperlukan.


menarik site ni senang skit nak cari manual..especially utk org mcm aku yg selalu hilangkan buku manual ni..oit beb..aku ada add ko kat YM ..accept2
@catzer
hehe..ak pun bkan simpan buku manual tue..
hah..ak dh accept dh..