Scribd.com: Sharing and downloading free documents(e-books).

Posted by awqi_zar on Oct 30, 2007 in E-book, Web2 comments

Jika dahulu buku merupakan medium bercetak untuk membaca, kini e-book medium elektronik semakin mengambil tempat di hati pembaca.Kepada yang mempunyai ratusan koleksi e-book,apakata anda kongsikan atau mahu mencari e-book dengan tajuk tertentu tapi tak tahu di mana?Mungkin anda patut lawati scribd.com.

Scribd.com

Scribd.com merupakan satu website di mana para pengguna dapat berkongsi dokumen dengan mudah.Juga tempat di mana anda dapat mencari dokumen tertentu dan muat-turunnya dengan mudah.Semua ini percuma dan tak perlu mendaftar, ruangan ‘upload‘ juga tanpa had.

‘Upload’ dokumen anda.

Setakat ini,scribd.com menerima pelbagai format e-book atau dokumen untuk dimuat-naik ke dalam pangkalan data mereka.

Kepada mereka yang mencari e-book atau dokumen juga, mereka hanya perlu taip perkataan tertentu pada ruangan ’search’ yang disediakan.Pada ruangan ‘result’, pilihlah mana-mana tajuk dokumen yang sesuai dan anda dibawa ke muka-surat tertentu.

E-book yang anda cari.

Apa yang istimewanya dengan scribd.com, apabila anda pergi ke muka-surat tadi.Ia akan terus menayangkan isi-kandungan dokumen tersebut.Secara tidak langsung,anda boleh menentukan dokumen tadi sesuai dengan apa yang anda cari atau tidak.

Lihat secara full-screen.

Seperti juga semasa proses ‘upload’ tadi,anda boleh muat-turun dokumen tadi dalam format yang disokong seperti .pdf, .txt, .jpg atau .mp3.

Banyak lagi fungsi yang ditawarkan scribd.com yang pasti menguntungkan anda seperti:

  • Browser - cari dokumen melalui populariti atau bahasa.
  • Group - “Scribd Groups are a great way to share documents with your friends, school, or organization. They are also great for organizing existing Scribd content. We like to think of a group as a library of documents focused on a particular topic.”
  • My docs - jika anda sign-up dengan scribd,ini ialah ‘page profile’ anda.
  • Community - Senarai pengguna scribd.com.

Random Posts

2 reactions

» Comments RSS Feed

Leave a comment