Selamat Tahun Baru 2008.

Posted by awqi_zar on Jan 2, 2008 in Saya8 comments

happy-new-year.jpg

Semalam merupakan hari pertama bagi tahun baru tahun 2008 dan hari ini,hari kedua kita berada di tahun baru tahun 2008.Rasanya tak terlambat lagi bagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru.Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas tahun 2007.Segala azam yang tak tercapai pada tahun lepas bolehlah dibawa pada tahun ini dan bagi azam yang telah dicapai sepanjang tahun lepas,tahun ini bolehlah memulakan azam yang baru.

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya,akan ada sambutan tahun baru yang diadakan di bandar-bandar besar seperti KL,Ipoh,Penang dan lain-lain.Siap dengan segala hiburannya dan juga pertunjukkan bunga api,namun mentaliti kita masih tak berubah walaupun angka tahun bergerak meninggalkan kita.

Kepada para pembaca asblogger.com,maaf dipinta andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun 2007.Maaf juga kerana baru hari ini saya berpeluang untuk menulis,dengan masalah sambungan internet yang tiada,kerja-kerja publisiti bagi program yang saya sertai dan juga kerana kesibukkan minggu daftar kos di U saya.

InsyaAllah,tahun ini tahun akhir saya di U.Doakan kejayaan saya di sini dan semoga saya akan cepat-cepat mendapat kerja setelah saya tamat belajar.

Nantikan artikel-artikel menarik daripada saya pada edisi akan datang!

Wassalam…

awqi_zar a.k.a naem

Random Posts

8 reactions

» Comments RSS Feed

Trackbacks

Leave a comment