Tag Hari Raya.

Posted by awqi_zar on Oct 8, 2007 in Santai, Saya, Umum5 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam dua tiga hari ini saya sibuk memanjang, semalam pergi ke KL Central mengambil adik yang datang dan terus menghala ke Plaza Low Yat membeli PC baru.Balik sudah malam, tak sempat kemaskini blog terus tertidur.

Baiklah, entri kali ini saya ingin menjawab tag daripada Bro AfzaiAfandi.Minta maaflah lambat menjawab tag bro ya.Berikut ialah tagnya:

Sejak bila puasa penuh?
Belajar berpuasa masa umur tadika, banyak hari jugalah.Dalam darjah1 dah mula berpuasa penuh 30 hari.

Pernah ponteng puasa dan apa alasannya?
Seingat saya alhumdulillah tak pernah lagi ponteng, masa berpuasa tak ada perkara macam demam dan sebagainya.Cuma bila berpuasa, ada adegan terminum air tapi disebabkan terlupa, puasa masih jalan lagi.Tapi itu masa mula-mula belajar puasa.

Pernah bermain mercun dan bunga-api?
Bunga api dan mercun?Mestilah main, tiap-tiap tahun.Sama ada beli sendiri atau saudara beri.Mercun papan, mercun mancis semua dah main.Mercun berasaskan kabat(kapur untuk mempercepatkan buah masak) pun main.Meriam buluh pun pernah main.Setakat ini,ok saja.Bila nak main benda seperti itu, kenalah berhati-hati.

Juadah yang paling disukai ketika berbuka?
Rasanya tiada, semua kesukaan saya.Bila nak berbuka itu, dah tak fikir apa nak makan.Santap saja dengan apa yang ada.Cuma kebelakangan ini, selalu sangat pergi ke bazar beli mertabak.

Lagu raya kegemaran?
Lagu raya zaman 60.,70 dan 80, kiranya lagu raya lamalah.Lagu Raya lama memang sedap di dengar, dengar berulang-kali pun tak jemu.Itu yang ramai penyanyi sekarang berlumba-lumba hendak meniru atau menyanyikan semula lagu-lagu tersebut.

Beraya di mana tahun ini?
Kebiasaannya Raya pertama di Teluk Intan dan Raya kedua atau ketiga di Sabak Bernam.Dua-dua kampung, rumah mertua tiada lagi ya.

Pernah bertugas di Hari Raya?
Tak pernah, saya ini masih belajar lagi.Mungkin bila berada di alam pekerjaan nanti saya akan bertugas di pagi Raya, kena tengokkan reaktor. :wink:

Kenangan paling manis pada Hari Raya?
Kenangan?Rasanya tiada, cuma di hari beginilah dapat berjumpa sepupu-sepapat.Itu keistimewaan Hari Raya, itulah kenangan manis.Di Hari Rayalah kebanyakan orang baru berani hendak meminta maaf mungkin pada waktu begini ego masing-masing jatuh di tahap yang paling rendah mungkin.

Siapa yang akan di tag?
Bro Bat - best YM dengan pemilik infomalaya nie.
Aman - seronok baca tulisan di blog amanz.net nya.
Apam - member skola dulu yd dah de blog.
Vangardx - disebabkan vangardx la terjumpa Apam.

Jika tiada kelapangan tidak mengapalah kalau tak dapat menjawab tapi bila kelapang jawab ya.Wassalam…

Random Posts

5 reactions

» Comments RSS Feed

Trackbacks

Leave a comment