Tambah nilai artikel anda dengan Answes.Com.

Posted by awqi_zar on Dec 17, 2007 in Blogspot, Web, Wordpress2 comments

Semalam saya telah memperkenalkan kepada anda Yahoo! Shortcuts,widget mudah yang dapat menambah nilai artikel anda.Mari saya tambahkan senarai widget/plugin yang dapat menambah nilai artikel anda daripada Answers.Com.

Answers.Com telah memperkenalkan beberapa fungsi yang berguna kepada blogger dan juga webmaster.Untuk pengetahuan,laman web Answers.Com ialah laman web Q&A(question&answer) seperti juga laman Yahoo! Answers.

Antara fungsi yang ditawarkan:

AnswersTips

Apabila pembaca double-click perkataan tertentu pada artikel di blog anda,popup kecil akan muncul.Popup ini mengandungi terjemahan,fakta dan lain-lain.
[landing page]

AnswersBoxes

Ia sama seperti fungsi carian coop daripada Google dan juga enjin carian lain,dengan AnswersBoxes pembaca boleh melakukan carian bagi tajuk-tajuk yang ada di dalam database Answers.Com hanya di dalam blog anda sahaja.
[landing page]AnswersLinks

Berdasarkan perkataan tertentu,blogger membuat pautan(link) perkataan tersebut kepada fakta,terjemahan dan sebagainya.Bagi pengguna wordpress,ada disediakan plugin bagi memudahkan anda membuat pautan.
[landing page]

Selain daripada tool yang disebut di atas,banyak lagi tool daripada Answers.Com yang ditawarkan kepada para webmaster.Kesemuanya boleh anda capai di laman webmaster WikiAnswers.

Related Posts

2 reactions

» Comments RSS Feed

Trackbacks

Leave a comment