Pintasan → entri / sidebar / RSS




OpenOffice.org bakal pengganti Micro$oft Office, mulai tahun hadapan pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan akan menggantikan lebih kurang 300 000 komputer yang menggunakan perisian Micro$oft Office dengan Open Office yang jauh lebih murah (percuma) melibatkan kos dengan anggaran RM90 juta! [Sumber melayubuntu][Berita asal zdnet asia]

Open Office merupakan perisian sumber terbuka atau Open Source yang mana ianya percuma untuk digunakan dan diedarkan. Perisian ini mirip kepada perisian Micro$oft yang mana paling banyak digunakan ketika ini tetapi melibatkan kos yang agak tinggi. Perisian yang dikeluarkan oleh pihak Sun Microsystems telah pun mencapai versi ke 3.0 dan bakal dilancarkan Isnin (waktu barat) ini. Kupasan lanjut berkenaan Open Office ini boleh dibaca di laman blog linuxmalaya dot com . Walau bagaimana pun perisian ini sudah boleh dimuat-turun di laman web Open Office melalui pautan mirror.

Related Posts

Mengenai entri ini

Entri ini telah ditulis dengan jayanya pada October 12th, 2008 jam 2:30 am dan diletakkan di bawah kategori Uncategorized. Anda boleh meragut atau mencopet RSS 2.0 feed blog ini sekiranya mahu. Anda digalakkan meninggalkan komen, atau pun membuat trackback dari blog anda sendiri.

15 respon untuk entri “Update Pantas #7 – Muat-turun OpenOffice.org 3.0.”

  1. aman

    jom beralih ke sumber terbuka..huhu


  2. awqi_zar

    @aman
    mari..
    same2 la kiter memeriahkan dunia open source nie..


  3. nick

    Openoffice.org lebih slow berbanding perisian office sblm ni. Page loading agak lambat.


  4. appleblogger

    em, aku sendiri menggunakan open office. dulu tak biasa, tapi sekarang dah biasa. :)


  5. awqi_zar

    @nick
    sy ade bce 1post camne nak ljukan load OOo tue..cbe search pafa Google..

    @appleblogger
    btol..alah bisa tegal biasa..xssah mne pun OOo tue..cbe kene cbe jek dlu..


  6. appleblogger

    aii..tukar theme baru ker..


  7. MK

    Aku pun guna OpenOffice kat laptop sendiri. Masalahnye bila company bagi fail dalam format Word. Kalau dalam fail Word tu cuma ada teks biasa takpe la, ni siap dengan letterhead la, template la. Walaupun OpenOffice boleh baca, tapi struktur dia dah jadi lain sket, susah nak edit.. huhu.


  8. EiNS

    Oo kerajaan msia dh guna open office ke? bgus la tu..oss makin diminati :)


  9. ash miyuu

    yeah..Malaysia dh semakin matang nampaknye..
    tp x bole awlkan siket ke??haha..
    aku nak guna gak!(last year in high school)


  10. catzer

    aku pernah guna opensource tp memandangkan masa aku study byk yg tak compatible ngan computer kat labcom aku..skang aku tak pakai lagi opensource..tunggulah bile tiba masanya memandangkan kalau tak compatible mmg sukar utk org lain open..aku nak cuba nanti gunakan laptop lama aku. :)


  11. Irfan Jani

    Aku pun tengah mencuba-cuba nak guna Open Office ni. Betullah kata Catzer, tak banyak komputer yang sokong perisian ni. Tapi, aku tak tunggulah sampai masa yang betul-betul terdesak.


  12. Khai Emerald

    open office mmg best!!


  13. faisalhanim

    salam awqi..igt lg faisalkomputer? aku la tue..

    Aku antara pngguna tegar oopenoffice. Tiap2 miggu kita org masuk kampung ngajar org guna openoffice. Banyak la kelebihan dia.

    Dkt Perak ni kerajaan mmg galakkan guna opensource ni supaya harga pc dpt la dkurangkan. Jd mari la sma2 sokong opensource.


  14. zool

    Masih ramai yang takut guna open office .. kat ofis ramai merungut lagi


  15. arm

    salam…

    salah satu kelebihan OO ni dia ada kemudahan untuk convert any doc OO ke PDF.. so tak perlu beli adobe lg… mahal pun mahal… OO free jer..


Tinggalkan komen