Pintasan → entri / sidebar / RSS




Saban hari, ada sahaja video yang akan dipadamkan daripada laman Youtube untuk tontonan umum. Biasanya video yang dipadam adalah yang melanggar akta hak cipta video tersebut kerana Youtube tertakluk di bawah Digital Millennium Copyright Act dan ia perlu memadamkan video yang melanggar akta tersebut.

MIT Free Culture telah menjalankan satu projek yang dinamakan YouTomb, projek ini mengindeks segala video yang telah dipadamkan dari Yotube. Ia bukan sahaja mengindeks video yang telah dipadam tetapi juga menyimpan maklumat seperti masa ia dipadam, masa ia berada di Youtube, url video tersebut, masa video tersebut di muat-naik dan juga pihak yang mempunyai hak ke atas video tersebut atau pun pihak yang menyuruh pengurusan Youtube untuk memadamkan video tersebut.

Walaupun telah dipadam, masih terdapat cara untuk mengakses video tersebut kerana video tersebut sebenarnya bukan dipadam dari ’server’ Yotube tetapi cuma tidak dapat diakses sahaja.Bagi yang mahu melihat video yang telah dipadam, bolehlah menggunakan beberapa aplikasi berikut:
UndeleTube

DeletedYoutubeViewer
Delutube

KissYouTube

Info:

YouTomb is currently monitoring 223275 videos, and has identified 4396 videos taken down for alleged copyright violation and 13362 videos taken down for other reasons.

[via GoogleSystem]

Related Posts

Mengenai entri ini

Entri ini telah ditulis dengan jayanya pada May 21st, 2008 jam 7:30 am dan diletakkan di bawah kategori Movie, Teknologi. Anda boleh meragut atau mencopet RSS 2.0 feed blog ini sekiranya mahu. Anda digalakkan meninggalkan komen, atau pun membuat trackback dari blog anda sendiri.

Tinggalkan komen